Thursday, September 8, 2011

hente-hente perompak


salam,alhamdullillah dah genap seminggu kita beraya..mana yang dah buat puasa 6 tuh alhamdulillah..hehe..aku jer puasa yang wajib tak terganti lagi.Berbalik kepada cerita entri aku yang kat atas nih...


okey..nih aku copy dari kosmo...harus la sumber yang boleh di percayai :-



Geng Pak Arab muncul semula

KUANTAN – Selepas menyepi hampir setahun, kumpulan penipu dipercayai membabitkan warga asing dari Asia Barat yang memakai jubah dengan si wanita berpurdah muncul semula dengan taktik dan penampilan sama untuk mendapat rezeki mudah.
Dua kes terbaharu kelmarin membabitkan dua suspek wanita, seorang suspek lelaki dan membawa seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan melarikan barang kemas di dua buah kedai emas di Pahang.
Kedua-dua kes yang berlaku selang setengah jam tersebut dipercayai membabitkan suspek sama yang masing-masing berusia lingkungan 30-an.
KES PERTAMA
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, seorang pengurus kedai emas wanita berumur 20-an di Jalan Dato Abdullah, Raub kerugian hampir RM4,000 apabila seutas gelang emas dilarikan kumpulan suspek ala pelancong Arab.
Suspek-suspek yang berbahasa Inggeris itu masuk ke kedai emas pengadu dan meminta melihat beberapa utas gelang emas.
“Pengadu mengeluarkan beberapa utas gelang emas sebelum suspek-suspek membelek setiap satu gelang tersebut,” kata Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Wan Shamsudin Wan Osman ketika dihubungi semalam.

Haaa...tertanya-tanya tak hente sekalian...alkesah pak harab dengan mak harab nih memang betul-betul jadik depan mata aku time aku duk praktikal dekat butik.Time pak harab dengan mak harab nih datang..dia bukak pintu butik jer macam nak runtuh.Fine lah..kau tak sabar sangat nak shopping!tapi nauzubillah dia punye tak sabar dan tak menyempat-nyempat tu macam tak pernah shopping.Mula-mula tu,dorang serbu butik dengan ganas sekali,try itu ini..kau badan dah size model harab-harab lagi mau terai size  model asia.Akibat dari keterujaan pak harab dengan mak harab nih..kiteorang beranggapan yang dorang nih memang nak beli sungguh..kebetulan stock barang-barang kemas Datin baru sampai..tengah nyusun-nyusun la time tu..tengah kira stock la kata kau jahh..tak sempat simpan pak harab dengan mak harab tu dah serbu...yang itu nak terai.yang ini nak  serlung..huh,pentipu!very the durjana tau...!
yang pak harab pulak sibuk duk terai seluar jean..kau dah la renjong..nak pakai jeans yang pendek..sah la kau mental..berhelai-helai nih letak atas meja cashier,kemeja pon hingin jugak..siap tanye nak batik malaysia...wah-wah..berbudi bahasa kau yer...time tu sebenarnye semua dah tak sedap hati..aku memang cakap dekat kak akma yang dorang nih macam nak merompak jer..rupa-rupanya dorang merompka ala-ala manja..selow jer dorang tibai barang-barang kemas datin..cincin almerad 1plastik,2 bracelet topaz hilang...yang tak boleh blah sekali siap bawak budak kecik lagi untuk mengkaver line kan aktiviti mereka yang mengundang kebengisan kiteorang!...biler dah macam cool down sikit dia cakap nak tukar duit dia kepada duit malaysia,sebab dia ader duit dolar jer..lepas tu tak datang balik..hilang!..check stock hambik kau...nganga kiteorang bile total barang yang hilang lebih dari RM 5000...
okeh..nih ader la siket artikel dari kosmo aku amek gambar.Yang terbaru di Kuantan..nasib yang same..taktik yang sama.kepada encik-encik polis tangkap cepat pak harab dengan mak harab nih..anta p somalia.biar kena tembak kat saner..



p/s : kualiti gambar tidak memuaskan

No comments: