Monday, March 19, 2012

WORDLESS..TAI SENG paling cantik

salam..para pembaca belog kecik..kat bawah nih kedai tai seng iaitu kedai batik serbaguna..cantik tak kedainya....


















biar kecik tapi segalanya ader :)

Friday, March 2, 2012

i'm yours bebeh !



salam jumaat para pembaca belog kecik..saya sudah berada di shah alam..dah 2 hari duduk sorang-sorang..kerana asyud,cousin aku pergi praktikal..hehe..but it's okey kerana aku telah melancarkan keputusan dengan pergi beli number pin untuk unifi..hahah..tu yang boleh hupdate setatus pesbuk ,tuwiter,belog kecik nih hah...hehe..btw  melihat kembali pada entri yang di atas..I'M YOURS..yess i'm looking who those yang beriya-iya nak cakap macam tu dekat aku..hehe..sebenarnya tadi duk boring-boring terbaca 1 blog tajuk nye :


"PETANDA DIA JODOH KITA"



(ni la petanda-petanda dia)



1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Wednesday, February 29, 2012

wordless wednesday =)

salam para pembaca belog kecik...doa kan cepat belog kecik nih jadik besar!hehehe...
yup,sangat wordless nih..esok acik nak balik shah alam dah..!nak sambung semula pertarungan yang tinggal 4 bulan nih..
FINAL SEM nih..aku datang dengan sesuatu yang baru..SEMANGAT BARU!ia lebih kental dan tak lut bahan peluntur!!






Sunday, February 19, 2012

HILANG TEMPAT TINGGAL

salam para pembaca belog kecik...lately ni malas yang amat nak update belog nih..no wonder la tak besar besar belog nih..semalam baru jer check kolej maca nih dia cakap..




Nama Pelajar : NORHANI IZZATI SALLEHUDDIN
Semester : 20122
Kolej Yang Dipohon : 
Status Permohonan : PERMOHONAN RAYUAN KOLEJ GAGAL

ferus acik melihatnye..bukan apa,sebab sem ni sem last dan sem nih menggunakan banyak fulus.So untuk meringankan beban mama dengan ayah..mak cik pon mintak lah kolej walaupun ader yayasan pon..sampai biler je boleh bertahan...beli itu dan ini..print berkeping-keping habis dah duit..encik  dan puan yang mengproses rayuan saya tu..tolong la kesian kat kiteorang yang final sem ni..yang budak AD nih..yang nk guna banyak duit nih..yang nak ulang alik ke studio nih..yang merayu habis nih..

Wednesday, February 8, 2012

FABULOUS CAKE..yummeehhh!


salam para pembaca belog kecik,lately ni selalu pulak tengok cerita FABULOUS CAJE dekat E! channel,sebab selalu duk tengok adik aku  baut cake.Cerita FABULOUS CAKE nih,dia tunjuk beraneka jenis bentuk,rupa,colour cake yang pelik-pelik yang bukan selalu kiter tengok dekat kedai...meh ktengok sat dekat bawah nih...







yang ni paling pelik kot..



bulan dan bintang



















Saturday, January 28, 2012

yess...! i do :)



salam para pembaca belog kecik...alhamdulillah baru je selesai pergi wedding kawan aku yang1 satu sekolah dulu..kiteorang kawan since dari pra sekolah,sekolah rendah,menengah...gadoh sama-sama..nangis sam-sama..rindu time sekolah dulu-dulu..SELAMAT PENGANTIN BARU PADA NADIA NATEEJA DAN ARIFF..seronok tengok kawan-kawan aku dah kawin..jumpa jugak schoolmate yang dulu teme dia purple weh...woo,,semua dah banyak berubah.hehe..ni ader la sikit gmbar ketika wedding berlangsung,,,selebihnya banyk di camera cik syahirah,sebab dia je yang bawak dslr...



yang ni berangan..cantik weh pelamin dia..nk macam ni la nanti..ahah
kengkawan mak cik...sama ni la ni masa-masa muda remaja dulu..
majlis bertunang nad
pre wedding mereka...sooooo nice!
kawen dah kawan aku sorang ni :)


cantik kan..seri pengantin baru...yang  tukang apit nih pon cantik jugak





malam berinai..kuning kau...


 tunggu kan pic kawen aku pulak dalam 3 or 4 tahun lagi...hehe














Friday, January 20, 2012

BAKING A CUPCAKE..!

Salam para pembaca belog kecik..salam jumaat.salam bercuti riang ria.selamat mencome back kan diri korang balik KHAS untuk part 5 AD226 (fashion departmen)t..bukan nak cerita pasal fashion..tapi pasal cupcake..hehe..baru jer selesai menyudahkan cupcake..tengok resepi super moist chocolate..hehe..macam jadik weh..aduana di buat bersama-sama dengan my sista yang rajin la sangat buat cake..nih hasilnya...











nice baked for the first time =)